DATUK Sri Ismail Sabri (dua kanan), Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Azizan dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) pada perasmian Majlis Prapelancaran Karnival Usahawan Desa di pekarangan Sri Pentas, Petaling Jaya. FOTO Aziah Azmee
DATUK Sri Ismail Sabri (dua kanan), Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Azizan dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) pada perasmian Majlis Prapelancaran Karnival Usahawan Desa di pekarangan Sri Pentas, Petaling Jaya. FOTO Aziah Azmee
Hamizah Badiran


 

Kuala Lumpur: Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 menyasarkan menerima kira-kira sejuta pengunjung sepanjang empat hari karnival itu berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini pelbagai program, jualan dan aktiviti menarik disediakan lebih 700 usahawan desa dalam karnival itu.

Katanya, KUD 2017 membabitkan 739 penyertaan iaitu 698 adalah gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta agensi kerajaan dan 11 gerai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

KDU 2017 membabitkan sejumlah 739 penyertaan. FOTO Aziah Azmee
KDU 2017 membabitkan sejumlah 739 penyertaan. FOTO Aziah Azmee

“Karnival dwitahunan ini bukan hanya menyediakan platform usahawan desa mempromosikan produk masing-masing, malah diharap mampu membantu mereka mengembangkan pasaran ke luar negara menerusi sesi padanan perniagaan.

“Sehingga kini, 80 syarikat mengesahkan penyertaan mereka untuk membantu usahawan terbabit menembusi pasaran global.

“Buat pertama kalinya KUD 207 memperkenalkan Trade Day yang menjadi platform jaringan perniagaan antara industri bersama hipermarket, pemasar dan pembeli bersama usahawan desa.

“Menerusi sesi padanan perniagaan ini juga, ia memberi ruang kepada usahawan desa mencari potensi dan peluang mengembangkan pasaran ke luar negara terutama di (pasar raya) hipermarket,” katanya.

AKIS Messi ketika menentang Dynamo dalam Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AKIS Messi ketika menentang Dynamo dalam Liga Juara-Juara. FOTO AFP

Bertemakan Usahawan Desa Produk Global, Ismail Sabri berharap produk kampung negara mampu menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap produk keluaran usahawan desa.

Selain itu, KUD 2017 juga diharap menjadi platform untuk perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke pengguna (B2C).

Menerusi kepelbagaian aktiviti serta peluang disediakan, ia bukan saja memberi manfaat kepada komuniti usahawan, tetapi pengguna untuk merasai pengalaman terbaik ditawarkan produk atau usahawan luar bandar.

Sementara itu, pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival berkenaan termasuk jualan produk usahawan desa yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, produk teknologi maklumat dan teknologi maklumat kreatif serta perkhidmatan dan pelancongan.

Turut diadakan, forum Siswapreneur, demonstrasi produk dan kraftangan serta demonstrasi masakan.

KUD 2017 dibuka kepada orang ramai secara percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

AKTIVITI KUD 2017

 

• Sudut [email protected] sediakan aktiviti Rural Business Challenge, Desamall Online, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Desa Lestari, Road To Hypermarket, program Mobileprenuer dan Pengembaraan RBC 2017.

• Pertandingan solekan, cari harta karun, karakter animasi, taman permainan kanak-kanak, program Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, pertunjukan fesyen busana Muslimah dan cabutan bertuah.

• Konsert Kemuncak KUD 2017 21 Oktober tampil artis Ella, Amy Search, Ayda Jebat, Dafi, Haqiem Rusli dan Elly Mazlien.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2017 @ 10:22 AM