LOKASI kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


SATU lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown ditemui 9.50 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, bagaimanapun identiti mangsa masih belum diketahui buat masa ini.

"Setakat ini, mayat masih tertimbus separuh badan dan usaha mengeluarkannya sedang giat dijalankan.

"Saya sahkan penemuan mayat ini dan sekarang hanya tinggal empat lagi yang masih belum ditemui," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 8.50 pagi semalam, 11 pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik tertimbus manakala tiga lagi terselamat.


FARIZAN (dua kanan) ketika sidang media berhubung kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai. FOTO Mikail Ong

Berita berkaitan

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2017 @ 11:38 AM