BANK Islam. FOTO Saddam Yusoff
BANK Islam. FOTO Saddam Yusoff
BERNAMA

Kuala Lumpur: Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) berharap kerajaan akan menggunakan bank-bank Islam sebagai platform untuk menyalurkan peruntukan insentif terutama yang disasarkan untuk memacu perusahaan kecil dansederhana (PKS).

Presiden AIBIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid yakin pembiayaan kepada PKS akan menjadi antara perkara utama dalam Bajet 2018.

“Dalam bajet dua tahun lepas, kerajaan telah menyediakan peruntukan insentif kepada bank-bank Islam, tetapi buat masa ini tiada lagi kerana semuanya telah disalurkan kepada bank konvensional.

“Sekarang, kami mahu insentif menerusi bank Islam ini diperkenalkan semula. Ini dapat membantu menggalakkan perkembangan bank-bank Islam (dengan menggalakkan orang ramai menggunakan produk perbankan Islam),” kata Mohd Redza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 9:33 AM