PEKERJA kilang yang kritikal tiba di Hospoital Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
Rudy Syareme Sheriffudin


LAPAN daripada 45 mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini berada dalam keadaan kritikal.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) Datuk Dr M Sukumar berkata, berdasarkan pemeriksaan dijalankan, 53 mangsa wanita terbabit dalam kejadian itu.

Beliau berkata, lapan orang disahkan meninggal dunia manakala lapan lagi berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, 25 mangsa dilaporkan dalam keadaan separuh kritikal dan 12 mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Seramai 38 orang mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan membabitkan enam dilaporkan kritikal, 20 separuh kritikal dan 12 mangsa diberi rawatan sebagai pesakit luar.

"Dua mangsa dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala tiga mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan empat mangsa di Hospital Sungai Bakap (HSB)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sukumar berkata, semua pesakit yang dihantar ke hospital adalah wanita dan sedang menerima rawatan di hospital berkaitan.

Berita berkaitan:

'Jaga diri, nak'/a>

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Berita berkaitan:

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 2:54 PM