BOMBA memeriksa bas yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 arah utara dari Batu Kawan Juru kira-kira 6 pagi tadi. FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Munir Safini


PEMANDU bas yang berhenti di lorong kiri lebuh raya ekoran rosak mempunyai tiga waran tangkap termasuk tiada lesen memandu, tidak patuh lampu isyarat merah, dan tidak pakai tali pinggang keledar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, pemandu berusia 23 tahun dan berasal dari Sungai Bakap berkenaan mempunyai lesen D, dan E, namun mempunyai waran tangkap ke atasnya.

Katanya, pemandu bas kilang kedua yang merempuh dari belakang mempunyai lesen memandu B2, D, E dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu bas kilang kedua berkenaan berusia 37 tahun dan beralamat di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal.

Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan dan akan direman esok bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987

Dalam kemalangan 5.30 pagi semalam, lapan pekerja wanita warga Indonesia maut selepas bas kilang yang berhenti kerana rosak dirempuh sebuah lagi bas yang sama di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini.

Berita berkaitan:

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 9:07 PM