Azmi (tengah) memaklumkan bahawa pertukaran jawatan itu berikutan persaraan pegawai kanan kerajaan negeri. Antara yang terbabit ialah Abdul Rahman (atas kiri), Md Rofiki (kiri bawah), A Rahim (kanan atas) dan Amran (kanan bawah).
Izlaily Nurul Ain Hussein


KERAJAAN Negeri Johor melakukan rombakan baru terhadap 23 Pegawai Tadbir negeri berkuat kuasa antara bulan ini dan November depan.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata, rombakan itu dilakukan selepas kali terakhir dibuat pada 1 Januari lalu.

Beliau berkata, rombakan pertukaran pegawai itu dilaksanakan berikutan persaraan pegawai kanan serta kenaikan pangkat.

"Rombakan ini membabitkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru, berkuat kuasa Ahad lalu bagi menggantikan Mohd Nasir Abdul Salam yang bersara pada 20 Oktober lalu.

"Jawatan Datuk Bandar MBJB ini akan diisi oleh Amran A Rahman yang sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Nageri Johor (JAINJ)," katanya.

Menurut Azmi, Pegawai Daerah Johor Bahru, Muhammad Fuad Radzuan diumum sebagai Pengarah JAINJ berkuat kuasa semalam.

Selain itu, Pegawai Tadbir Negeri Johor yang terbabit dengan rombakan berkuat kuasa pada 1 November ini pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Md Rofiki A Shamsudin yang akan mengambil alih jawatan Pegawai Daerah Johor Bahru.

Pegawai Daerah Tangkak, Abdul €˜Alim Abd Shukor pula bertukar ke jawatan CEO MAIJ, manakala Pegawai Daerah Muar, Mohd Noorazam Osman bertukar ke jawatan CEO SUKMA Johor.

Pegawai Daerah Batu Pahat Ab Han Ramin beralih ke jawatan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), manakala Pegawai Daerah Pontian On Jabbar @ Jaafar bertukar ke Pegawai Daerah Muar.

Azmi turut mengumumkan pertukaran jawatan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad ke jawatan baru sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.

"Jawatan Pegawai Daerah Segamat pula akan diisi oleh Abdul Rahman Salleh yang sebelum ini menyandang jawatan CEO Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

"Pengarah TOURISM Johor, Mohd Shukri Mohd Masbah pula dilantik sebagai Pegawai Daerah Pontian, manakala Pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor, Mahadon Marnin dilantik sebagai Pegawai Daerah Tangkak," katanya.

Turut beralih jawatan, Pengurus Kanan Entrepreneur Development Centre, Ramli Abdul Rahman ke jawatan CEO PAJ, manakala Setiausaha Bahagian Perumahan, Mohd Rafi Abdullah ke jawatan Pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor.

Katanya, Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Abdul Malik Ismail pula dilantik sebagai Pengarah TOURISM Johor; Pentadbir Tanah Muar Mohd Radzi Mohd Amin ke jawatan Setiausaha Bahagian Perumahan; Pentadbir Tanah Tangkak Zainor Adani sebagai Pentadbir Tanah Muar, manakala Setiausaha Bahagian Pengurusan/Protokol, Hazlina Jalil dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua PBT Pengerang.

Turut disenaraikan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan, Mohd Farid Kassim beralih ke jawatan Pentadbir Tanah Tangkak; Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, Muhamad Syahrizat Alwee sebagai Setiausaha Majlis Daerah Segamat; Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik), Nurul Ashikin A Jabar dilantik ke jawatan Penolong Ketua Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Johor, Mohd Haniff Ahmad akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik) serta Pegawai Tadbir Pejabat Menteri Besar Johor, Ambok Nani Muhamad Nor sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 9:22 PM