Raja Noraina Raja Rahim


WANITA tertua di negara ini, Safiah Ujang berusia 128 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Seberang, Batu Hampar, Rembau, hari ini.

Safiah yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga, jam 12 tengah hari tadi.

Cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, 29, berkata, arwah neneknya sebelum ini menghidap sakit tua dan kanser usus.

“Kesihatan nenek semakin merosot sejak tiga minggu lalu. €œNenek tidak boleh menelan makanan pejal dan hanya menjamah buah yang lembut seperti limau serta mangga selain meminum susu," katanya ketika dihubungi.

Dia memberitahu, jenazah neneknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, selepas solat Asar.

Mohammad Hafiz berkata, walaupun tidak pernah menerima surat pengiktirafan sebagai wanita tertua di Malaysia namun perkara itu dimaklumkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan yang berkunjung ke rumah mereka beberapa bulan lalu.

Arwah meninggalkan seorang anak, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu serta 30 cicit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 5:36 PM
Kabinet Malaysia 2020