Skip this ad x
MEGAT (dua dari kanan) melihat mesin judi yang dirampas dalam serbuan.
HM Digital

Serdang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang merampas 88 komputer dan 10 mesin simulator judi serbuan di 30 premis sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, barangan terbabit dirampas melalui operasi di lima premis di Seri Kembangan, Puchong dan Serdang.

“Rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM200,000. Hasil serbuan, kami dapati hanya lima daripada 30 premis itu yang beroperasi, selebihnya sudah ditutup.

“Pada masa sama, lima premis ini hanya membenarkan pelanggan tetap masuk untuk berjudi,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan di Jalan Perusahaan 2, Seri Kembangan.

Menurut Megat Mohamad, pihaknya memohon waran geledah terhadap 30 premis berkenaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin lalu.

“Waran geledah dipohon bagi membolehkan kami memeriksa premis terbabit yang masih aktif walaupun pernah diserbu beberapa kali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 3:59 AM