Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini. FOTO Hazreen Mohamad
Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini. FOTO Hazreen Mohamad
Suami isteri maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat R&R Seremban, petang ini. FOTO Hazreen Mohamad
Suami isteri maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat R&R Seremban, petang ini. FOTO Hazreen Mohamad
Raja Noraina Raja Rahim


SUAMI isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini.

Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, sebuah treler dari arah utara dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan mangsa, Proton Preve serta Proton Waja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

"Anggota bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pemandu dan penumpang Perodua Alza disahkan meninggal dunia manakala tiga mangsa lain cedera.

"Semua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama bagi bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 8:00 PM