X
NOH (tengah) bersama sebahagian ahli Barisan Nasional Selangor mengadakan perhimpunan aman tepi jalan Batu 3, sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memansuhkan kutipan tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau pada Pembentangan Bajet 2018.
NOH (tengah) bersama sebahagian ahli Barisan Nasional Selangor mengadakan perhimpunan aman tepi jalan Batu 3, sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memansuhkan kutipan tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau pada Pembentangan Bajet 2018.
Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Perjanjian konsesi membabitkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor sepatutnya berakhir 31 Disember 2038 dan bukannya dalam tempoh terdekat seperti yang dihebahkan sesetengah pihak.

Hal ini bermakna pengumuman Bajet 2018 yang memansuhkan kutipan di dua tol berkenaan dilakukan 20 tahun lebih awal sekali gus memberi manfaat kepada jutaan pengguna.

Syarikat konsesi projek lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad menerusi kenyataannya memaklumkan bahawa menerusi perjanjian konsesi 2011 yang disusun semula berikutan penswastaan PLUS menyaksikan kutipan tol diselaraskan di semua plaza tol termasuk di Batu Tiga dan Sungai Rasau.

“Berikutan itu, tiada kenaikan tol dilaksanakan kerajaan atau PLUS di semua lebuh raya sejak tahun 2005 lagi.

“Namun, terdapat beberapa pertanyaan mengenai pampasan yang bakal diterima apabila kutipan tol di tiga lokasi iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dan Bukit Kayu Hitam di Kedah dimansuhkan.

“Perkara itu masih dalam perbincangan dan kita akan membuat pengumuman sebaik sahaja mendapat maklumat lanjut daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial pengumuman Bajet 2018 yang memansuhkan kedua-dua tol berkenaan disebabkan perjanjian konsesi tamat pada Disember 2018.

Namun, perkara itu adalah sebaliknya apabila mengikut perjanjian konsesi, ia sepatutnya tamat pada 2038.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 7:57 AM