Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan dua buku kompilasi idea dan ucapan beliau mengenai wasatiyyah di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Buku berjudul Fiqh Wala dan Taat: Peranan Dalam Mensejahterakan Negara serta Malaysia Bukan Negara Gagal itu diterbitkan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).
Pelancaran buku itu sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Peringkat Kebangsaan dipengerusikan Najib
di Parlimen.
Hadir sama, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi IWM Tan Sri Dr Abdullah Md Zin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa
dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.
Mesyuarat kali kedua
itu antara lain membentangkan Laporan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara membabitkan enam
strategi iaitu pendidikan
dan belia, ekonomi dan pembangunan, pentadbiran dan perundangan, perpaduan dan sosial, politik dan kenegaraan serta keselamatan
dan pertahanan.