Allahyarham Bolhassan Aini Dhoby
Mohd Rizal Abdullah
Mohd.rizal@hmetro.com.my


BOLHASSAN Aini Dhoby yang juga anak saudara kepada pejuang kemerdekaan Sarawak Allahyarham Rosli Dhoby meninggal dunia, awal pagi tadi.

Allahyarham Bolhassan, 54, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi di Hospital Sibu selepas diserang angin ahmar beberapa hari lalu.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham sering menjadi rujukan untuk mendapatkan maklumat mengenai bapa saudaranya khususnya dalam perjuangan kemerdekaan Sarawak.

Allahyarham yang bertugas di Jabatan Hutan Sarawak turut menyimpan barangan yang pernah dimiliki bapa saudaranya itu.

Antara barangan bersejarah yang masih dalam simpanan Bolhassan ialah warkah terakhir tulisan tangan Rosli kepada ibu bapanya sebelum dihukum gantung penjajah British pada 2 Mac 1950 selepas didapati bersalah membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart.

Barangan lain yang disimpan dengan baik ialah sehelai kemeja dan baju perisai yang dipakai Rosli ketika membunuh Gabenor British itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 11:54 AM