Uqasha bersama Hefny. FOTO Sudirman Mohd Tahir
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Uqasha Senrose mengakui sedang bercinta dengan pengacara Hefny Sahad sejak setahun lalu.

Uqasha berkata, dia dan Hefny sudah merancang untuk bertunang namun belum menetapkan sebarang tarikh.

“Sebelum ini saya tidak pernah berkongsi mengenai hubungan dengan mana-mana lelaki kerana tidak berani untuk bercerita lanjut. Namun, apabila dengan Hefny saya terbuka untuk mengakuinya kerana kami memang serius menjalin hubungan.

“Apabila sudah setahun bercinta, kami merancang untuk membawa hubungan ke fasa serius iaitu berkahwin. Sebelum itu, kalau boleh kami nak bertunang dahulu. Tetapi kalau sudah ada tarikh saya akan umumkan”€ katanya kepada Harian Metro.

Penjelasan Uqasha itu sekali gus menafikan dia kembali bercinta dengan Pekin Ibrahim seperti yang dilapor sebuah portal hiburan semalam.

“Saya tidak tahu bagaimana kisah ini timbul, memang kami berlakon bersama tetapi saya sudah lama ‘move on’. Kami sudah memilih kehidupan masing-masing,”€ katanya.

Pekin dan Uqasha mula bercinta pada Februari 2013 kemudian bertunang pada 6 Julai tahun sama.

Bagaimanapun, mereka putus tunang pada Februari 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 11:41 PM