POLIS akan membuat ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa rentung.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman


POLIS akan membuat ujian asid deosiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa rentung Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya hanya menerima butiran nama mangsa daripada pengakuan dan pengecaman saudara dan kenalan.

Menurutnya, dokumen pengenalan diri mangsa dipercayai terbakar dalam kejadian itu.

"Jadi DNA akan diambil untuk mengesahkan identiti mangsa yang terbabit.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.

Saifi  berkata, kebakaran membabitkan empat rumah mengorbankan lima mangsa dan seorang parah kerana melecur teruk.

"Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim," katanya.

Berita berkaitan:

Lima warga Indonesia rentung

Lima rentung di Sungai Petani

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 2:12 PM