ANTARA kenderaan yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kenderaan yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


ENAM belas motosikal dan tiga kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di bahagian bawah blok di Pangsapuri Cheras Utama, Jalan Cheras Utama, Kajang, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.33 pagi.

“Enam anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran dikawal sepenuhnya kira-kira lima minit kemudian dengan bantuan orang awam,”€ katanya.

Mohd Jaslizad berkata, berdasarkan siasatan awal, punca kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

“Bagaimanapun, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 10:21 AM