ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran pada enjin kereta yang terbakar.
HM Digital

Sabak Bernam: Tindakan pantas Ketua Balai Bomba daerah ini, Mohd Saufi Zakaria menghubungi anggotanya berjaya menyelamatkan sebuah kereta yang terbakar pada bahagian enjin daripada musnah berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sabak Bernam di Tebuk Pulai di sini, malam kelmarin.

Mohd Saufi berkata, ketika kejadian jam 8.30 malam itu, dia kebetulan dalam perjalanan dari Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar.

Katanya, dia terserempak seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sedang cuba memadamkan kebakaran bahagian enjin kereta model Volvo di bahu jalan sebelum segera berhenti lalu menghubungi anggotanya di balai.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Samsudin Saman berkata, api berjaya dipadamkan dalam 10 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 9:06 AM