PENGARAH Kanan Sektoral Dasar MITI Datin K Talagavathi (tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Cooperation Singapura, Kong Wy Mun (tiga dari kiri) bertukar dokumen sambil diperhatikan Ahmad tengah).
PENGARAH Kanan Sektoral Dasar MITI Datin K Talagavathi (tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Cooperation Singapura, Kong Wy Mun (tiga dari kiri) bertukar dokumen sambil diperhatikan Ahmad tengah).
HM Digital

Serdang: Malaysia bakal menjadi hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) serantau menjelang 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) memberi penekanan kepada inisiatif hijau dengan objektif utama menjadikan Malaysia sebagai hab EEV serantau menjelang tahun itu.

“Melihatkan kepada situasi semasa, kadar penghasilan EEV dijangka meningkat hingga 50 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 42 peratus tahun lalu.

“Dasar EEV kita digubal agar mampu memenuhi permintaan terhadap teknologi kenderaan pada masa depan termasuk keperluan melahirkan sumber manusia berkemahiran, pelaburan dalam teknologi dan mobiliti mapan,” katanya selepas melancarkan Simposium Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIAS) 2017 dan bengkel kerja Pengangkutan Bandar dan E-Mobiliti di Malaysia: Mobiliti Pintar ke arah EEV, di sini, semalam.

Bengkel kerja anjuran MITI itu memasuki tahun kedua penganjurannya dengan kerjasama Singapore Cooperation Enterprise (SCE) dan Temasek Foundation International (TFI) tertumpu kepada sektor automotif.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari.

Menurut beliau, dalam konteks Malaysia, EEV tidak hanya kepada kenderaan elektrik, tetapi mencakupi kenderaan yang memenuhi standard penggunaan bahan api dan pengeluaran karbon rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 9:49 AM