GAMBAR hiasan
Muhamaad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


LELAKI berusia 34 tahun yang didakwa merogol wanita sakit mental, 35, di sebuah rumah kebajikan di Jitra, direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurutnya, suspek yang juga pemilik rumah kebajikan itu ditahan semalam selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Harian Metro semalam melaporkan polis berjaya mengesan suspek yang juga pemilik rumah kebajikan itu selepas keluarga mangsa membuat laporan dan menahannya kira-kira 6 petang semalam.

Suspek ditahan di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan, malah semakan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau.

Terdahulu, wanita sakit mental yang tinggal di rumah kebajikan di Jitra sejak setahun lalu disyaki dirogol pemilik kediaman terbabit.

Mangsa mendakwa pernah dirogol tetapi tidak mengingati tarikh dan bila kejadian berlaku.

Berita berkaitan

Dia rogol wanita mental

Dah kena tangkap

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 2:23 PM