Empat saksi perbicaraan kes dadah yang dicari polis. - Foto Ihsan PDRM
Meor Riduwan Meor Ahmad


POLIS meminta empat saksi perbicaraan kes pengedaran dadah dari Pulau Pinang termasuk seorang wanita, hadir prosiding di Mahkamah Tinggi Alor Setar, pada 8.30 pagi, Selasa dan Rabu ini.

Mereka ialah S G Umesh, 30, dari G-01 Blok C Persiaran Sembilang 1 Desa Cemara, Perai dan K Mokan Raj, 31, dari No 2 Pintas Berani 5 Jalan Mohd Saad Bagan Jermal, Butterworth.

Dua lagi ialah S Purubakaran, 26, dari Blok 20-G-06 Jalan Mesra 2 Taman Mesra Butterworth dan K Ritta, 45, dari 1108 Kampung Kovil, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya gagal mengesan keempat-empat saksi menggunakan alamat terakhir mereka.

“Semua mereka ada kaitan dengan Gurun Report 1640-1641/14, Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru polis merayu kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai keempat-empat saksi itu kepada polis dengan segera

"Orang ramai boleh menghubungi Inspektor Mohd Sabri Md Nor di talian 04-4299222 sambungan 2112 atau 019-5433823," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, polis turut meminta A Ananthan, 32, hadir perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi 1, Alor Setar pada 22 November ini, jam 9 pagi.

Menurutnya, alamat terakhir saksi itu ialah No 31, Jalan Semeling, Kebun Chetty, Bedong, Sungai Petani.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintendan Tee Ah Chew di talian 04-4299222 sambungan 2014 atau 012-4081339 atau balai polis terdekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 12:48 AM