Nurul Hidayah Bahaudin


RUMAH kongsi di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan di Persiaran Sultan, Kota Damansara terbakar kira-kira 2 petang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.18 petang.

“€œSeramai 23 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara dan BBP Seksyen 7 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“€œSebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak di rumah kongsi berkenaan yang terletak di tingkat tiga, empat, lima dan enam,”€ katanya.

Mohd Sani berkata, kebakaran itu menyebabkan bangunan terbabit musnah 90 peratus.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 3:56 PM
Rumah kongsi di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan di Persiaran Sultan, Kota Damansara terbakar kira-kira 2 petang, hari ini. Foto Ihsan Bomba