Hadzlan Hassan

AKSI murid tahun empat dan lima Sekolah Kebangsaan Telok Perang, Parit yang menyampaikan lagu Tak Tun Tuang di majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak menarik perhatian tetamu yang hadir di majlis itu, semalam.

Walaupun sekolah itu hanya mempunyai 25 murid dan 11 guru, namun sambutan tetap meriah dengan kehadiran ibu bapa dan penduduk tempatan.

Selain penyerahan hadiah kepada pelajar yang memenangi pelbagai pertandingan semoena program seperti pakaian beragam bertema 'Once upon a time', penyampaian hadiah untuk ulang tahun kelahiran kanak-kanak bagi bulan Jun hingga Disember turut diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 4:35 PM
MURID SK Telok Perang menyampaikan lagu Tak Tun Tuang di majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak. FOTO ihsan Intan Sahmura bt Abdul Rahman