Model baharu Mazda CX-9 yang dilancarkan hari ini. FOTO Muhammad Sulaiman
Lizam Ridzuan


Bermaz Motor Sdn Bhd pengedar utama kenderaan jenama Mazda di negara ini, melancarkan CX-9 baharu di Shah Alam, hari ini.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu menawarkan ruang dan keselesaan premium untuk keseluruhan penumpang termasuk beberapa ciri baharu diperkenalkan.

Antaranya adalah Kawalan G-Vectoring (GVC) yang mana teknologi ini mampu mengawal kenderaan dengan lebih baik terutama ketika selekoh dan memecut.

Lampu nyalaan siang (DRL) dan logo GVC pada bahagian luaran antara pembaharuan yang diberi untuk SUV dengan tujuh tempat duduk ini.

Model ini dijana enjin Skyactiv-G 2.5 Turbo yang pertama di dunia dengan ciri Tekanan Dinamik serta sistem eksoz 4-3-1 untuk kelancaran kuasa dan tork berterusan.

Mazda CX-9 Skyactiv-G 2.5L Turbo didatangkan dalam dua varian iaitu 2WD dan AWD dijual pada harga bermula RM281,449.70 dan RM297,349.70.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu kelabu, putih, biru, perak dan hitam dan ia didatangkan dengan lima tahun waranti serta tiga tahun penyelenggaraan percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 9:48 PM