iPhone X bakal dijual 24 November ini oleh syarikat telekomunikasi tempatan


EMPAT syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile masing-masing mendedahkan pelan iPhone X yang bakal dijual pada 24 November.

Maxis menawarkannya pada harga semurah RM3,075 manakala Digi bersedia pada harga semurah RM3,895.

Sementara itu, Celcom menjualnya pada harga semurah RM3,078 dan U Mobile pula berharga minimum RM3,825.

Malaysia yang termasuk dalam gelombang kedua pemasaran produk Apple menerimanya pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB menampilkan rekaan unik tanpa 'bezel'.

Selain syarikat telekomunikasi, ia boleh dibeli melalui apple.com/my atau pengedar Apple yang sah.

Ciri iPhone X tiada butang 'home' dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X atau iPhone 10.

Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif. Skrinnya pula penuh di depan seakan-akan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 12:11 PM