Pemenang daripada HM pada Anugerah Kewartawanan Shell - Kinabalu 2017.
Amniera Naziera Amran
hmkk@hmetro.com.my


HARIAN Metro (HM) memenangi enam anugerah termasuk satu anugerah utama pada Anugerah Kewartawanan Shell - Kinabalu 2017 , malam ini.

Wartawan, Norasikin Daineh memenangi anugerah utama, Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar ( Bahasa Melayu) .

Ia menerusi laporan bersiri yang disiarkan menerusi kolum 'Flora dan Fauna' berhubung masalah pencemaran di kampung atas air di Tawau.

Selain itu, HM meraih lima anugerah merit termasuk menerusi Norasikin dalam kategori Anugerah Kewartawanan Sukan (BahasaMelayu).

Empat anugerah merit lain dibawa pulang oleh Ketua Biro Harian Metro Sabah, Syah Rul Aswari Abdullah (Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar - Bahasa Melayu), Ardyhansah Amat ( Anugerah Kewartawanan - Berita dan Rencana- Bahasa Melayu), Junaidi Ladjana ( Anugerah Kewartawanan Berita - Bahasa Melayu).

Wartawan sambilan HM, Hazsyah Abdul Rahman turut meraih Anugerah Gambar Terbaik Wartawan Sambilan).

Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 11:46 PM