JAMBATAN Raja Muda Nala sepanjang 2.5 kilometer bermula 100 meter dari persimpangan Sungai Udang/Telok Pulai dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Huck Huat.
Fuad Hadinata Yaacob


SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan jambatan ketiga Klang, hari ini.

Jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu dinamakan Jambatan Raja Muda Nala sebagai mengenang jasa pahlawan Selangor satu ketika dulu iaitu Raja Muda Nala.

Turut berangkat pada majlis itu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz.


SHAH ALAM 19 NOVEMBER 2017. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian Jambatan Raja Muda Nala di Majlis Perasmian Jambatan Raja Muda Nala di Tanjung Syawal,Klang.Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. NSTP/ ROSLIN MAT TAHIR

Jambatan berkenaan dibina pada 17 Julai 2014 dan siap 15 Jun lalu.

Ia bermula 100 meter dari persimpangan Sungai Udang/Telok Pulai dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Huck Huat.

Panjang jambatan yang merentasi Sungai Klang adalah 1.2 kilometer.

Laluan yang terbabit adalah Jalan Sungai Bertek, Jalan Tanjung Shawal dan Jalan Goh Huck Huat.

Jambatan ketiga itu adalah laluan alternatif dalam mengurangkan 20 peratus kenderaan terutama pada waktu puncak di Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.

Jambatan empat lorong tanpa tol itu membabitkan kos pembinaan RM199 juta.


SHAH ALAM 19 NOVEMBER 2017. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Jambatan Raja Muda Nala di Majlis Perasmian Jambatan Raja Muda Nala di Tanjung Syawal,Klang.Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. NSTP/ ROSLIN MAT TAHIR

Kontraktor yang dilantik melaksanakan projek itu adalah Cergas Murni Sdn Bhd.

Mohamed Azmin berkata, pembinaan jambatan itu bertujuan mengurangkan kesesakan dan menyuraikan trafik di bandar Klang sekali gus menambahbaik sistem aliran trafik sedia ada.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 11:59 AM
Skip this ad x