Anggota bomba membantu pelancong Perancis yang patah kaki kanan selepas terjatuh ketika mandi di Air Terjun Kionsom, Inanam, kira-kira 4.30 petang hari ini.
Fardy Bungga


PELANCONG Perancis berusia 25 tahun patah kaki kanan selepas terjatuh ketika mandi di Air Terjun Kionsom, Inanam, kira-kira 4.30 petang hari ini.

Lelaki terbabit yang datang ke pusat pelancongan itu bersama ahli keluarganya dikatakan cuba mendaki bukit air terjun berkenaan sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.39 petang dan mengerahkan dua jentera bersama sepasukan tujuh anggota serta pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa didapati berada dalam keadaan sedar sebelum dibantu keluar daripada kawasan air terjun berkenaan untuk mendapatkan rawatan awal pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian.

“€œMangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan susulan,”€katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 9:15 PM