SEAGAL (kiri) bersama Sultan Ibrahim. FOTO ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


PELAKON aksi terkenal Hollywood, Steven Seagal menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Forest City, Gelang Patah, semalam.

Bekas pengajar seni mempertahankan diri yang juga terkenal dengan lakonan filem 'blockbuster' seperti 'Under Siege' dan 'Hard to Kill' itu mengadakan pertemuan tertutup ketika makan tengah hari bersama Sultan Ibrahim selama dua jam.

Empat keping gambar dimuat naik dalam laman rasmi Facebook (FB) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sejak, hari ini dan sehingga kini mendapat lebih 5,000 'like'.

Bulan lalu, pelakon berusia 65 tahun itu bertemu dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, bagi membincangkan beberapa perkara termasuk kegiatan penyalahgunaan dadah.

Pelakon itu pernah membintangi siri televisyen realiti popular, Steven Seagal: Lawman, dengan memainkan watak sebagai Timbalan Sheriff di Louisiana, Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 8:59 PM