Ahmad Naim (dua dari kiri) tidak dapat menahan air mata selepas pengebumian ibunya, semalam.
Nur Izzati Mohamad


Kepala Batas: Jenazah ibu kepada Pengarang Berita Berita Harian (BH), Ahmad Naim Tahir yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Permatang Rambai di sini, petang semalam.

Allahyarhamah Meryam Bakar, 73, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman paru-paru selepas menderita menghidap kanser perut sejak beberapa tahun lalu.

Anak kelapan Allahyarhamah, Nor Hafiza, 36, berkata, arwah ibunya dibawa ke Hospital Selayang untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut, tetapi pembedahan tidak sempat dilakukan berikutan berlaku jangkitan kuman hingga menyebabkan tahap kesihatan ibunya bertambah kronik.

Allahyarhamah Meryam meninggalkan suami,
Mat Tahir Man, 79, dan sembilan anak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 9:15 AM