AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan berbahas mengenai Belanjawan Kelantan 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2017, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan berbahas mengenai Belanjawan Kelantan 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2017, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini sebulat suara meluluskan Bajet 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kelulusan itu mendapat sokongan majoriti 31 anggota dewan yang hadir selepas selesai sesi penggulungan.

Bagaimanapun, semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional tidak hadir selepas memboikot penggulungan Bajet 2018 itu pada sesi pagi berikutan Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) diarahkan keluar dari dewan.

Turut tidak hadir, Mohd Roslan Puteh ( PKR-Guchil) dan Datuk Husam Musa ( PAN- Salor).

Cadangan pembentangan disokong Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Bajet 2018 Kerajaan negeri Kelantan dibentangkan Isnin lalu dengan defisit sebanyak RM41.74 juta berbanding RM42.65 juta tahun lalu.

Bajet itu, mengganggarkan perolehan hasil sebanyak RM696.9 juta manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM738.64 juta.

Jumlah defisit ini menurun sebanyak RM0.91 juta ataupun 2.13 peratus berbanding 2017.

Berita berkaitan:

Air mata Nozula

UMNO Kelantan hantar surat bantahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 7:27 PM