IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


JABATAN Bomba dan Penyelamat menyelamatkan lima remaja yang sesat lebih enam jam di Hutan Lipur Kanching, Rawang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.10 pagi.

Katanya, sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi bagi bantuan mencari dan menyelamat.

“Difahamkan, kumpulan remaja terbabit masuk ke hutan untuk aktiviti riadah dan kemudian sesat.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh anggota berjaya menemui kelima-lima mangsa di hutan terbabit pada kira-kira 4 petang.

“Mereka membabitkan empat gadis dan remaja lelaki berusia 19-21 tahun.

“Mereka dibawa keluar dengan selamat oleh anggota sebelum operasi ditamatkan pada kira-kira 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 10:00 PM