Maklumat yang tular mengenai pendaftaran sukarelawan APM yang meminta individu berminat membayar RM5 bagi tujuan pendaftaran.
Maklumat yang tular mengenai pendaftaran sukarelawan APM yang meminta individu berminat membayar RM5 bagi tujuan pendaftaran.
Mohd Azam Shah Yaacob


ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan dakwaan pihaknya mengenakan bayaran RM5 kepada individu yang mendaftar sebagai sukarelawan APM sebagaimana maklumat yang tular menerusi Whatsapp baru-baru ini.

APM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu berikutan pendaftaran sebagai sukarelawan adalah percuma dan tiada arahan dikeluarkan untuk mengutip bayaran.

Sebelum ini, tular satu pesanan dikalangan pengguna Whatsapp mengenai pendaftaran anggota baru pada Jumaat lalu yang diadakan antara 5 petang hingga 9 malam di Tanjung Emas, Muar, Johor.

Dalam pesanan itu, individu yang berminat menjadi sukarelawan perlu membawa satu salinan kad pengenalan, sekeping gambar ukuran pasport dan membayar RM5 untuk proses pendaftaran.

Ketua Pengarah APM Datuk Azmy Yahya berkata, maklumat berkenaan adalah palsu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, APM juga sudah membuat laporan polis berhubung maklumat berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu terhadap APM.

“ €œKita memang memandang serius terhadap penularan maklumat palsu yang menyatakan APM mengenakan bayaran bagi pendaftaran sukarelawan APM.

“ €œSebenarnya, APM tidak pernah mengeluarkan arahan untuk mengutip bayaran dan sama sekali tidak pernah mengenakan bayaran kepada individu yang berminat menjadi sukarelawan APM,”€ katanya.

Menurut Azmy, pihaknya berharap orang ramai tidak mudah percaya kepada maklumat tidak sahih sedemikian dan sebaik-baiknya mendapatkan pengesahan terlebih dulu menerusi sumber rasmi APM.

“ €œKita harap orang ramai jangan mudah percaya dan terpedaya dengan maklumat itu.

“ €œSebaik-baiknya, semak dulu dengan sumber rasmi APM sebelum membuat menyebar atau berkongsi maklumat terbabit bagi mengelak kekeliruan,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 1:55 PM