TENGKU Ibrahim

Kuantan: Tengku Panglima Besar Pahang, Datuk Tengku Ibrahim Tengku Sulaiman meninggal dunia akibat sakit tua, jam 7.10 pagi semalam.

Almarhum meninggal dunia pada usia 81 tahun ketika menerima rawatan di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Almarhum Tengku Ibrahim dikejarkan ke HTAA petang kelmarin selepas mengadu sakit dan menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. Tengku Ibrahim adalah bapa saudara kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Ahli Jemaah Pangkuan Diraja Datuk Sabaruddin Sulaiman berkata, jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Parit Tengah, Pekan.

Katanya, jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad sebelum dikebumikan di Makam Diraja Pekan selepas solat Zuhur.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat menziarahi jenazah Almarhum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 6:48 AM