KEADAAN treler dinaiki tiga beranak yang merempuh belakang treler lain hingga mengakibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut. Foto ihsan PDRM
KEADAAN treler dinaiki tiga beranak yang merempuh belakang treler lain hingga mengakibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut. Foto ihsan PDRM
Muhammad Apendy Issahak


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas treler dinaiki bersama bapa dan ibunya merempuh sebuah lori lain dalam kejadian di Kilometer 293.7, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Gopeng tengah malam tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku 12.10 tengah malam dan kanak-kanak terbabit meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah Perodua Myvi dengan keseluruhan enam mangsa.

Menurutnya, ibu dan bapa kanak-kanak terbabit bagaimanapun terselamat.

Katanya, pemandu sebuah lagi lori dan kereta bersama seorang penumpang juga tidak mengalami kecederaan.

“ œMangsa yang maut Nur Fatin Liyana Zulkapli, 8, menaiki kenderaan berat terbabit bersama bapanya Zulkapli Abd Rahman, 43, dan ibunya Yusni Mohamed Nor, 43, yang kesemuanya beralamat di Ayer Itsm Pulau Pinang.

“ €œBerdasarkan siasatan awal mendapati lori dinaiki tiga beranak terbabit dari Seremban, Negeri Sembilan menuju ke Pulau Pinang.

“Bapa mangsa dipercayai cuba mengelak binatang di laluan terbabit sebelum terbabas dan merempuh sebuah lori lain dipandu lelaki berusia 34 tahun yang berhenti dilorong kecemasan,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pada masa sama sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berusia 28 tahun dan wanita 23 tahun gagal mengelak lalu merempuh belakang lori berkenaan dan kemudian terbabas melanggar pembahagi tengah jalan.

“ €œAkibat kemalangan itu kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital ketika memdapatkan rawatan manakala lima mangsa lain tidak cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 5:16 PM