Semua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Semua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


LIMA suspek yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berjumlah RM2.54 juta, dibebaskan dengan jaminan suruhanjaya itu, hari ini.

Pengarah SPRM negeri Abu Talib Othman berkata, kelima-lima suspek dibebaskan dengan jaminan selepas pihaknya berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan setakat ini.

Menurutnya, suspek utama iaitu Pengurus Projek Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau berusia 38 tahun dikenakan jaminan SPRM sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.

Manakala empat lagi suspek berusia antara 35 hingga 52 tahun dikenakan jaminan RM200,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan baja subsidi sejak awal tahun lalu.

Berita berkaitan

Suspek keempat pula dicekup

Pesawah disyaki seleweng tuntutan baja [METROTV]

Reman siasat 23 tuntutan palsu [METROTV]

Disyaki buat tuntutan palsu RM2.54 juta

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 5:28 PM