Pengurusan PPIM berbincang dengan wakil trak tunda yang datang ke pejabat PPIM. FOTO Mohd Azam Shah Yaacob
Mohd Azam Shah Yaacob


SUASANA di pekarangan pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Vila Puteri, Kuala Lumpur sedikit kecoh apabila kira-kira 200 pekerja trak tunda atau ‘longkai’ menyerbu pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebentar tadi.

Kekecohan berlaku apabila beberapa 'longkai' yang datang tidak berpuashati dan membuat provokasi dengan menjerit kepada kakitangan dan pengurusan PPIM.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal apabila beberapa ahli kumpulan ‘longkai’ yang lain mententeramkan beberapa individu berkenaan.

Sehingga kini, perbincangan lanjut masih dijalankan antara kumpulan ‘longkai’ dengan PPIM.

Berita berkaitan

'Longkai' tak puas hati

'Longkai makin naik lemak'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 6:46 PM