MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


PEGAWAI kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Lingkungan Alam Damai, Kuala Lumpur menghala ke pusat bandar kira-kira 8 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya berkata, mangsa, Asisten Superintendan Mohamad Kamal Abdullah Thani, 49, difahamkan baru saja selesai bertugas dan dalam perjalanan dari Taman Alam Damai menghala ke pusat bandar.

“œSebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas akibat melanggar bonggol sebelum terjatuh.

“Insiden itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertugas sebagai Penolong Penguasa di IPD Brickfields itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”€ katanya.

FOTO ihsan Polis

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 1:30 AM