Rudy Syareme Sheriffudin


LELAKI warga Jerman berusia 47 tahun ditemui mati dalam bilik hotel di Jalan Love Lane, Georgetown, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berdarah di bahagian kepala dan di dinding bilik.

Sumber berkata, mangsa dipercayai mabuk sebelum ditemui terbaring di hadapan pintu masuk bilik hotel.

Pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan sepasukan anggota polis kemudian tiba di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 1:24 PM
Polis membawa keluar warga Jerman yang ditemui mati di dalam bilik hotel di Jalan Love Lane, Georgetown, pagi tadi. FOTO Mikail Ong
Polis membawa keluar warga Jerman yang ditemui mati di dalam bilik hotel di Jalan Love Lane, Georgetown, pagi tadi. FOTO Mikail Ong