LIMAH Muda, 72, di halaman rumahnya di Kampung Kijing, Marang. FOTO Ghazali Kori
LIMAH Muda, 72, di halaman rumahnya di Kampung Kijing, Marang. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


HUJAN berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat, kira-kira 9 pagi ini.

Enam ratus daripada 169 keluarga ketika ini ditempak di PPS berbanding 513 daripada 171 keluarga tengah malam tadi.

Menurut sektariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, semua mangsa ditempatkan di 12 PPS berbanding 12 PPS dengan Marang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Jumlah mangsa di Kuala Nerus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 54 daripada 14 keluarga di tiga PPS berbanding 35 daripada 10 keluarga di tiga PSS.

Di Kuala Terengganu, jumlah mangsa turut bertambah apabila empat daripada satu keluarga berpindah ke PPS menjadikan jumlah mangsa 45 daripada 15 keluarga di satu PPS.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, tiga sungai di Terengganu melebihi paras amaran iaitu satu di Marang dan dua di Setiu.

Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan merekodkan bacaan 2.39 meter (m) melebihi paras amaran 2.30m.

Di Setiu, Sungai Chalok di Jambatan Chalok merekodkan bacaan 8.10m melebihi paras amaran 7.70m.

Paras air di Sungai Nerus di Kampung Langkap pula direkodkan 21.44m melebihi paras amaran 20.75m.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 10:58 AM
Digital NSTP Subscribe