Dzulkhairie (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Razak sambil diperhatikan Mohd Kamarudin. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Dzulkhairie (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Razak sambil diperhatikan Mohd Kamarudin. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein


JAWATAN Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Johor digalas bekas Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkuat kuasa hari ini.

Razak mengambil alih jawatan itu daripada Superintendan Dzulkhairi Mukhtar yang dilantik menggantikan Razak sebagai Ketua Polis Daerah Kulai yang baru berkuat kuasa semalam.

Majlis serah terima tugas jawatan itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din di Bilik Mesyuarat Margosa, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru, hari ini.

Razak sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kulai selama dua tahun 11 bulan bermula 26 Februari 2015.

Manakala Dzulkhairi yang berkhidmat dengan PDRM lebih 17 tahun memegang jawatan Ketua JSPT Johor kira-kira 11 bulan bermula 15 Januari lalu.

Dzulkhairi yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur pernah memegang jawatan Pegawai Turus Pelesenan IPK Kuala Lumpur selama tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 6:09 PM