PENDUDUK Kampung Kubang Sawa keluar untuk mencari bekalan makanan setelah keadaan paras air di sekitar Tumpat mula surut dan aktiviti harian penduduk kampung berjalan seperti biasa. FOTO Fathil Asri
PENDUDUK Kampung Kubang Sawa keluar untuk mencari bekalan makanan setelah keadaan paras air di sekitar Tumpat mula surut dan aktiviti harian penduduk kampung berjalan seperti biasa. FOTO Fathil Asri
Maiamalina Mohamed Amin


MANGSA banjir Kelantan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 32 orang setakat 8.30 malam, berbanding 62 orang pada 3 petang tadi.

Mereka terdiri daripada 12 dewasa, 18 kanak-kanak dan dua bayi yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bunohan, Pengkalam Kubor, Tumpat.

Portal eBanjir Kelantan turut merekodkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran iaitu 8.56 meter (m), manakala Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai: Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Tangga Krai berada pada paras berjaga-jaga.

Semua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing sebaik banjir termenung surut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 9:33 PM
Digital NSTP Subscribe