Bata

PEJAM celik, pejam celik dah masuk Disember. Bila hujung tahun tandanya apa? Kalau ada anak, mesti faham waktu ‘banyak nak pakai duit’ ini. Masa inilah persiapan untuk anak sebelum sesi persekolahan baru bermula tetapi, apa nak beli?

Benda pertama yang anak minta mesti kasut. Kononnya kasut tu lambang penampilan.

Bata Back to School memperkenalkan koleksi kasut sekolah BeLite dengan BFirst Ultra-light baru-baru ni.

Dilengkapi teknologi terbaru untuk prestasi unggul

Kasut baru ni dilengkapi tiga ciri utama iaitu ‘breathability‘, ‘flexibility‘ dan ‘comfort‘. Kasut sekolah BeLite ni ada ‘mesh panels’ yang membolehkan kaki bernafas dengan senang. Tapaknya juga direka dengan teknologi dinamik supaya langkah lebih semula jadi. Rasa macam tiada alas kaki!

Akhir sekali, keselesaan untuk pemakai paling penting. Jadi, bahagian tapak tengah kasut BeLite dilengkapi inovasi ‘BFirst Hyperfoam’ supaya selesa, fleksibel dan rasa ringan bila berjalan.

Keselesaan untuk setiap langkah

Selain itu, Bata pun melancarkan kasut sekolah BFirst Ultra-light yang dilengkapi teknologi ‘Cushion Max’. Istimewanya koleksi ini, ia dihasilkan dengan tapak bahagian dalam tambahan supaya pemakai rasa lebih selesa. Bahan yang digunakan pun lebih ringan supaya berat kasut dapat dikurangkan dan fleksibel untuk setiap pergerakan. Tiada lagi rungutan kalau berjalan pergi balik sekolah kan?

Promosi sempena musim persekolahan yang bakal bermula

Bata Malaysia ada dua promosi istimewa iaitu The Smart Deal dan Smart Pack sempena kempen Back to School.

Dengan promosi The Smart Deal, anda boleh dapatkan dua pasang kasut sekolah Bata terpilih pada harga RM69. Smart Pack pulak menawarkan dua pasang kasut sekolah Bata terpilih dan beg sandang Northstar pada harga RM99. Memang murah! Boleh jimat habis!

Cepat dapatkan produk Bata yang memang terbaik ni pada ‘harga runtuh’! Promosi ni hanya boleh didapati bermula 4 Disember 2017 hingga 7 Januari 2018 di kedai Bata seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Bata. Jom beli sebelum stok habis!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 1:04 PM
Digital NSTP Subscribe