ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokas mayat ditemui. FOTO ihsan Polis
Shamsul Munir Safini


MAYAT lelaki ditemui tertiarap di dalam longkang di Taman Hwa Seng, Jalan Rohzan, Bukit Mertajam, 6.20 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, mayat lelaki dikenali sebagai Ng Chai Soon, 40, beralamat di Taman Jambu Mawar ditemui orang ramai di dalam longkang bersebelahan keretanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya yang tiba di lokasi sejurus dimaklumkan menemui mayat mangsa tertiarap di dalam longkang sedalam lebih satu meter.

“Pintu bahagian penumpang dan pemandu keretanya juga terbuka ketika mayatnya ditemui.

“Hasil siasatan awal berdasarkan pemerhatian tiada kesan tikaman atau luka pada badan dan muka mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan berkata,pihaknya masih menyiasat kejadian dan menunggu laporan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 3:07 PM