Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Norizuan Shamsudin
am@hmetro.com.my


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membantu siasatan berhubung penyeludupan buruh haram warga Bangladesh di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata, siasatan berhubung sindiket berkenaan masih diteruskan.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan. Perkara ini masih dalam siasatan pihak kita," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan sindiket itu dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari.

Berita berkaitan

RM5.2 juta seludup hamba moden [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 6:31 PM