Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


DUA penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru, Johor disahkan menghidap tuberkulosis (Tibi) atau batuk kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka adalah penuntut di Kolej Tun Fatimah dan Kolej Perdana di UTM.

Beliau berkata, saringan kesihatan akan dijalankan terutama membabitkan rakan pesakit.

"Saringan akan diadakan minggu depan dan bilangan penuntut yang perlu menjalani saringan itu ditetapkan selepas perbincangan bersama UTM.

"Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai akan mengadakan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 8:11 PM