Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Seramai 50 sukarelawan The New Straits Times Press (NSTP) (M) Berhad dan pasar raya Giant turun padang dalam program gotong-royong sempena hari pertama program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas 'Kembali Ke Sekolah’ di Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum Al-Islamiyyah Al-Banuriyyah, Kampung Pertama, Permatang Pauh, hari ini.


Pengarang Eksekutif Rencana dan Pengeluaran Harian Metro, Othman Mamat (kiri) berkata sesuatu kepada Pengerusi pusat tahfiz Darul ‘Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT),Kamarul Ariffin Ithnan, 43, (kanan) dalam program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

Program TKHM yang mendapat kerjasama GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) itu dilakukan bagi membantu membersihkan pusat tahfiz itu yang dilanda banjir awal bulan lalu.

Pengarang Eksekutif Rencana /Pengeluaran Harian Metro merangkap Pengerusi TKHM Othman Mamat berkata, program dua hari itu bermula dengan aktiviti gotong-royong di pusat tahfiz berkenaan.


Program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

Beliau berkata, selain aktiviti gotong royong, Giant turut menyampaikan bantuan keperluan kepada pusat tahfiz berkenaan yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

"Kita berharap dengan bantuan pelbagai barang keperluan dan makanan seperti beras, minyak masak, minuman, bekalan makanan, selain peralatan pembersihan seperti baldi, penyapu, penyodok sampah dan sabun dapat mengurangkan beban mereka.


Program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

"Selain itu, kita turut menyumbang peti sejuk dan menjalankan kerja gotong-royong dan mengemas sekitar kawasan pusat tahfiz yang terjejas dalam banjir baru-baru ini," katanya.

Turut hadir, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Kerajaan GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Shahrizal Ayub dan Ketua Biro HM Pulau Pinang, Saipul Adli Mohamad.


Program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

Othman berkata, program akan diteruskan esok dengan membawa 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir dan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir membeli barang keperluan persekolahan di Giant Prai.

Selain Giant, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota), turut menaja kenderaan Briged Sukarelawan Media Prima- NSTP yang menyertai program kali ini.


Program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

TKHM adalah program tanggungjawab sosial korporat akhbar Harian Metro yang kali ini bekerjasama dengan Giant untuk mendekati serta membantu golongan memerlukan di Seberang Perai Tengah (SPT) termasuk mengadakan jamuan makan tengah hari bersama kira-kira 600 orang membabitkan murid, pelajar, ahli keluarga mereka serta komuniti setempat.


Program gotong-royong menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas membabitkan kerjasama sukarelawan TKHM, Giant Hypermarket dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pusat tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah (LILBANAT), Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO RAMDZAN MASIAM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 9:28 PM