Mas Ermieyati
Mohd Nasif BadruddinFairul Asmaini Mohd PilusSuraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Saf soldadu merah jambu (Puteri UMNO) menegaskan tidak sesekali membiarkan Perdana Menteri berjuang keseorangan menghadapi peperangan (pilihan raya) kali ini

Ketuanya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, barisan soldadu merah jambu tetap setia selain menyanjung tinggi semangat berpasukan di dalam parti.

“Sumpah Puteri tidak sesekali bersikap khianat sebaliknya berikrar terus bekerja, Wala’ dan taat kepada kepemimpinan parti walau apa pun yang terjadi.

“Kami akan susun saf yang kukuh bersama kekanda Pemuda dan bonda Wanita serta seluruh barisan kepimpinan untuk memenangi peperangan nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2017 @ 4:48 AM