DARI kiri, Aiman Firash  dan Marjidi beramah mesra dengan Hermes Nair dan Sushil pada program Charity Super Hero Run 2017.
DARI kiri, Aiman Firash dan Marjidi beramah mesra dengan Hermes Nair dan Sushil pada program Charity Super Hero Run 2017.
HM Digital

Melaka: Kehadiran ibu bapa bersama anak kecil ketika menyertai maraton sempena Charity Super Hero Run 2017, di sini, semalam, cukup menarik perhatian, apatah lagi anak kecil itu turut menjadi sebahagian peserta biarpun ditolak menggunakan kereta sorong bayi.

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, mereka menyertai acara larian jarak jauh
itu sekadar suka-suka biarpun mempunyai
anak dan pada masa sama dapat memanfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga.

Seorang peserta, Sushil M Nair, 35, berkata, dia sudah dua kali menyertai acara maraton itu dan kali ini lebih istimewa kerana turut membawa anak lelaki pertamanya, Hermes Nair yang berusia tiga tahun.

“Saya tinggal di Ujong Pasir dan tiba, di sini, sejak jam 6.45 pagi. Saya berlari untuk menjaga kesihatan dan sedar membawa anak dan menyorong kereta sorong bayi ini sesuatu yang unik tapi pada masa sama
saya perlu meluangkan masa berkualitinya.

“Tambahan, isteri
saya dalam pantang
anak kedua, jadi saya mengambil peranan menjaga anak,” katanya selepas menamatkan larian di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Bandar Hilir, di sini, semalam.

Selain itu, kelibat pasangan suami isteri berlari sambil menyorong kerusi sorong bayi turut mendapat perhatian apabila mereka turut menamatkan saingan lebih awal berbanding peserta lain.

Marjidi Hassan, 34, bersama isterinya, Normala Diwi Hashim, 30, kedua-duanya anggota tentera berkata, mereka mempunyai dua anak
dan setiap kali mengambil bahagian dalam acara larian santai, mereka tidak meninggalkan
anak mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2017 @ 6:34 AM