MAZLAN (tengah) menunjukkan lampin pakai buang tiruan yang dirampas.
MAZLAN (tengah) menunjukkan lampin pakai buang tiruan yang dirampas.
HM Digital

Sungai Petani: Sebanyak 65,000 keping lampin pakai buang tiruan bernilai RM17,299 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani dalam satu operasi di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani di sini, kelmarin.

Ketua Pejabat KPDNKK Cawangan Sungai Petani Mazlan Safar berkata, serbuan dilakukan jam 1.30 tengah hari membabitkan tujuh anggota KPDNKK di sebuah kilang membuat lampin pakai buang yang dipercayai menjalankan aktiviti pengeluaran lampin pakai buang tiruan itu sejak dua tahun lalu.

“Kita mendapat maklumat daripada pengadu iaitu pemilik jenama terbabit mengenai kegiatan kilang berkenaan yang menghasilkan jenama lampin pakai buang itu.

“Hasil siasatan mendapati kilang yang beroperasi sejak 24 tahun itu mula menjalankan perniagaan menghasilkan lampin pakai buang sejak dua tahun lalu dan dipasarkan di Rantau Panjang, Kelantan,” katanya
dalam satu kenyataan media semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 6:39 AM