Tapir yang mati selepas dilanggar di Kilometer 20, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Ulu Bendul. FOTO Amran Yahya
Tapir yang mati selepas dilanggar di Kilometer 20, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Ulu Bendul. FOTO Amran Yahya


SEEKOR tapir mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 20, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Ulu Bendul, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku pada 4.30 pagi apabila kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Bahau ke Seremban sebelum terserempak seekor tapir melintas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Haslah Bachok berkata, mangsa memandu Toyota Camry bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu merempuh haiwan terbabit.

Beliau berkata, kereta mangsa turut hilang kawalan ketika cuba mengelak haiwan berkenaan.

"Mangsa berseorangan cuba mengelak ke kiri jalan namun gagal lalu merempuh tapir hingga bahagian hadapan keretanya remuk," katanya.

Katanya, tapir berkenaan mati di lokasi manakala pemandu kereta tidak cedera.

"Bangkai tapir itu diletakkan di tepi jalan sebelum diambil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa pemanduan untuk mengelakkan kejadian tidak diduga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2017 @ 3:54 PM