Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan. FOTO Ihsan PDRM
Mohamad Fahd Rahmat


LELAKI berusia 37 tahun maut selepas Hyundai Atoz dipandu bertembung sebuah lori tanpa muatan dalam kemalangan di Jalan Besar Parit Sulong, Batu Pahat Johor 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Helmi Twosiman cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun tidak melepasinya sebelum bertembung lori berkenaan dari arah bertentangan.

Beliau berkata, mangsa maut serta-merta akibat kecederaan parah di anggota badan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat manakala pemandu lori Muhammad Rashid Koming, 23, tidak mengalami kecederaan.

“€œKemalangan jalan raya dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Helmi dari Muar, manakala Muhammad Rashid dari arah bertentangan, iaitu arah Pekan Parit Sulong.

“€œSampai di tempat kejadian, Helmi cuba memotong dan masuk laluan kanan, manakala lori dipandu Muhammad Rashid datang dari arah bertentangan dan cuba membrek.

“€œKedua-dua kenderaan bertembung secara bertentangan menyebabkan mangsa mati serta merta di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap jabatan bomba dan penyelamat Johor berkata, dua jentera bersama tujuh anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.07 minit tengahari tadi.

“€œSebaik tiba di lokasi kejadian didapati benar terdapat kemalangan maut dan bomba menggunakan peralatan yang ada bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi ditamatkan pada 1.05 petang,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2017 @ 6:27 PM